Assalamualaikum Readers,
"Berpesan Imam Ghazali, 'Janganlah engkau nikahi perempuan yang enam, yakni; yang Ananah, yang Mananah, yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.'
Perempuan Ananah : Perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu. Juga setiap saat dia memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Perempuan Mananah : Perempuan yang suka membangkit-bangkit terhadap suami. Perempuan ini sering kali menyatakan, "Aku melakukan itu dan ini keranamu."
Perempuan Hananah : Perempuan yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yakni bekas teman lelakinya atau yang dikahwini sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yang lain.
Perempuan Hadaqah : Perempuan yang melemparkan pandangannya pada tiap suatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki perihal barang tersebut dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Perempuan Baraqah : Perempuan yang sepanjang hari mencantikan dan menghiaskan mukanya, atau pabila amarahnya ketika bersantap, dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
Perempuan Syadaqah : Perempuan yang banyak cakap tidak menentu lagi bisingnya atau maksudnya.
Selamat Hari Jumaat,semoga hidup kita lebih diberkati.Aminnnnn...
Lots of Lurve ~ ~
Cik Dinda
No comments:
Post a Comment