Dinda fund

Hottest Followers

Monday, May 30, 2011

Jodoh Yang Terbaik...

Assalamualaikum Readers,

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Lots of Luv ~~
Cik Dinda

Thursday, May 19, 2011

Jika Isteri Menangis Di Hadapan Mu...

Assalamualaikum Readers,

Jika Seorang isteri menangis dihadapanmu,
Itu bererti Dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kau membiarkannya pergi,
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya !

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang sangat disayangi, dia akan menjadi sangat lemah !
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan EGONYA.



Wahai suami2,
Jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian,
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang Hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
Jika seorang isteri menangis keranamu,
Tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR
katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANNYA
adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...

PELUKAN & CIUMANNYA
bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANYA...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat
KEMATIAN..
TITISAN
air matanya bisa membawa KEDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa
"BETAPA BERHARGANYA DIA".

ISTERI ADALAH ANUGERAH YANG SANGAT BERHARGA & CINTAI DIA SETULUS HATIMU..


Lots of Luv ~ ~
Cik Dinda

Cerita Di Balik Cerita !!!

Assalamualaikum Readers,

Duty lg...hehe.Kami mmg suke duty, sbb ble duty leh ngular..Ngular plak hobby yg plg best sedunia.Ape pun kli nk kena behave yourself & lbh protocol sgt2 al maklum la yg bt perasmian bkn org biase2 kerabat di Raja Negeri Johor.huhu...

Duty jge registration for media..duduk la ak bersama kakaku di satu sudut tu..da terang2 registration for media tp rmi plak cikgu2 yang tnye ni registration utk ape ? cikgu punye registration kat mane ? xtahu...xtahu..dlm ht je..abes asyik tnye je.huhu..sigh ***

Panas..panas...tu la perkataan yg sering kuar dr mulut ak..Apepun...lg cian kat adk2 yg kena kawad tu.Kul 11 start majlis, kul 9.00 da start rehersal.Da la ms tu matahari mula naik...bygkan panasnya...hehe.Nsb baik ak x kena panas tu...


Ketibaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor


Adk sabar ea...tula yg ak sll ckpkan...hehe..ak dok dorg bdiri je dr td...cian panas :(


Mcm biasela..klu x snap amik gmbr mcm rugi plak...hehe
Akak pun melayan sme....Comel..





Da stop !!!!!

Da puas bersnap2, tbe2 dtg seorg mamat yg berbaju serba hitam ni.Alahai ko ingat ko macho sgt k nk bt mke garang kat ak.Xtakut ..xtakut...xtakut la weih.Jgn bt mke mcm tu...lg buruk.Awat nak kerek sgt.Rs nk tergelak je & jerit je kuat2 ble tgk mke ko yg poyo tu yg ak xtakut.Hehe...bermula sesi perbualan antara kami.

Mamat Serba Hitam : Registration Media ape ni ?
Kami : Untuk reporter
Mamat Serba Hitam : Reporter ? Dr mane luar k dalam ? 
Kami : Reporter dr luar la...ade k reporter dr dalam ??? {mke nmpk mcm bijak...tp sengal...ghupenya} ni dlm ht je ckp mcm tu...
Mamat Serba Hitam : Owh...abes reporter ni spe yg invite ?
Kami : Time ni ak da diam...mls nk lyn.Akk pun jwb la..our company.
Mamat Serba Hitam : Yela spe reporter ni...kan sy tnye td ?
Kami : Hurmmmm....xfhm mksud reporter ghupenya.Reporter ni dr Paper STAR, NST..etc la..
Mamat Serba Hitam : Ckp la awl2...ishhh
Kami : Ak yang xfhm k ko xfhm ??

Blah je mamat tu..ak pun ckp dgn akakku ni...Kak perasaan x ? mulut dia hanyir la.Agak2 dia bru lepas mkn ikan paus k ape ? xhadam lg...Nk termuntah ak dibuatnya.Da la ckp bkn main dekat lg..Time ni akakku nk da ketawa sakan.Ade k ikan paus tatik ni...abes  kak  dia tu da la xfhm...mke kerek plak tu....mulut hanyir.Confirm bru lps mkn ikan paus...sedawa kat kita.Hahaha...

Lots Of Luv ~ ~
Cik Dinda

Thursday, May 12, 2011

Sigma - Istikharah Cinta

Assalamualaikum Readers,

Luah hatiku ini ditukarkan menjadi lagu...
Owh Kakakku yg ku maksudkan...
Jangan la Engkau Bersedih ye...
Sesungguhnya Dia Bukan Untukmu...
Doa Yang Terbaik Untukmu Sahaja..
Yang Pasti Nanti Kaukan Tahu Sesuatu...
Lagu ini untukmu...


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta

Lots of Luv ~ ~
Cik Dinda


Monday, May 9, 2011

BileDaBergambarLupaDiriIniLaJadinya

Assalamualaikum Readers,

Asal kejadian nk amik pic  potrait untuk isi form CIDB la kekonon..Last2 jd pic candid la plk..Aduh!! Happy gile time shoot ni..indoor je...dlm meeting room pun jadi.haha..


Ms ni blom kena renjatan lagi...msh ok...so pic pun ala2 cun la kekonon..hehe
Below is my pic when i'm not in under control...
xth ape yg funny sgt...tp mungkin diri sndri yg klakar kot...tu yg gelak xingt sbb kena pose laju2 & tukar2 smpi rs mcm kartun plak sy ni.


Nila jdnya ble xsedar diri...jd kanak2 riang sekejap..apepun puas ht.Sbb sgt happy time ni.Credit to YM
Yeah!!Dpt hasilkan pic candid kami yg sgt lucu..


It's me..Muahh!!


Lots of Luv ~ ~
Cik Dinda

Nak Tahu X Kenapa Perempuan Mudah Menangis

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar

Jawapannya:


"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


Psst:
Kepada semua kaum lelaki, sayangilah setiap wanita… kerana mereka membantu kita dalam apa jua urusan terutama membesarkan anak-anak kita tanpa mengenal penat dan lelah. Mereka sanggup mengorbankan diri mereka demi kesejahteraan keluarganya. Kenanglah dan hargailah segala pengorbanan mereka. Tanpa wanita, lelaki tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang wanita pikul selama ini. Tak percaya cuba……

Sy copy ayat ni dr email ofc mate bagi, rs nak post sgt2 kat blog sy bg org bace.Tu pun klu ade org yg nk bce la..hehe.sangat terpukul bile membacenya & terasa sedih sangat2 bila ade sesetengah kaum adam ni yang xreti nak menghargai kaum hawa.Ooooooo so sad..:(

Hargailah dia selagi dia ade, kerana apabila dia sudah tiada menyesal pun tiada gunannya.

Lots of Luv ~ ~
Cik Dinda