Dinda fund

Hottest Followers

Friday, February 11, 2011

Anda Akan Menjadi Wanita Paling Anggun Di Dunia

Assalamualaikum Readers,

Semua kejadian, betapun parahnya,
Pasti berhubungan langsung dengan kelapangan dalam waktu yang dekat.

          Anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. Dengan akhlaq anda, anda lebih harum dari minyak wangi dengan sikap tawadhu' anda, anda lebih tinggi purnama. Dan dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis. Oleh kerana itu, peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaaan dengan kepuasan, dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.

        Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua raka'at menjelang subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH S.W.T, air mata taubat, sujud panjang di atas hamparan sajadah, dan malu kepada ALLAH S.W.T ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.

         Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita tercantik di dunia meskipun anda bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut. Hindarilah oleh rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non-muslim, yang suka memperlihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.


Firman ALLAH S.W.T :



TIADA YANG MEMASUKINYA, KECUALI ORANG YANG PALING CELAKA (SURAH AL-LAIL : AYAT 15)


BEKALAN

Di Setiap Tempat, Pasti Anda  Temukan Kegelapan Dalam Kehidupan Anda.
Kewajiban Anda Hanyalah Menyalakan Lampu Untuk Menerangi Diri Anda Sendiri.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan Yang Buruk Itu Adalah Dari Kelemahan Cik Dinda Sendiri.

P/S : Petikan diambil   daripada buku   "JadilahWanita Paling Bahagia - Pengarang "Dr.Aydh Bin Abdullah Al- Qarni"

Buku ini banyak memotivasikan Cik Dinda untuk menjadi Wanita Yang Tegar & Bahagia.
Lots of luv ~ ~
Cik DiNda

4 comments:

cik puan akish said...

bak pinjam buku itu....pn.dinda pon mau jd wanite tegar!!!

Cik DinDA said...

Bleh...ble nk ? hehe,sejak ble ko tkr jd pn.dinda kak ? xth pun..huhu

Lieya said...

Ha'ahh k.lia pun mau pinjam jugak itu buku...

Cik DinDA said...

mau jugak kak lieya...hehe :) bleh