Dinda fund

Hottest Followers

Tuesday, March 15, 2011

Solat Sunat Taubat

Assalamualaikum Readers,


Solat sunat Taubat hukumnya sunat. Ia dikerjakan apabila seseorang itu telah melakukan dosa, atau merasa dia telah berbuat dosa, lantas bertaubat kepada ALLAH S.W.T. Setelah kita melakukan istighfar,  munajat, muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah S.W.T di tengah malam yang sunyi kita digalakan melakukan solat sunat tahajjud dan sbginya.

Antara Bulan-bulan Yang Digalakkan Untuk Melakukan Solat Sunat Taubat Adalah :
  • Muhharam
  • Rejab
  • Syaaban
  • Ramadhan
Waktu Melaksanakan Solat Sunat Taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Lafaz Niat Solat Sunat Taubat


أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah S.W.T

Cara Melakukan Solat Sunat Taubat

  • Boleh dilakukan pada bila2 masa dan sebaik2nya dilakukan pada 2/3 malam keatas (2 pagi)
  • Lafaz Niat "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 Rakaat Kerana Allah S.W.T"
  • Rakaat pertama disunatkan membaca doa Iftitah dan seterusnya diikuti dengan Surah dalam Al-Quran seperti Surah Al-Kafirun
  • Rakaat kedua membaca Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan mana2 Surah dalam Al-Quran seperti Surah Al-Ikhlas
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah S.W.T),
027alquran3.gif

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah  termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg
Ertinya: Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Dan berdoa dengan Penghulu Istiqfar :


penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Marilah kita amalkan solat sunat taubat ni yer, sesungguhnya kita kadangkala tidak sedar akan dosa yang telah kita lakukan.


Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan Yang Buruk Itu Adalah Dari Kelemahan Cik Dinda Sendiri.

Petikan Diambil Daripada :

http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/27/solat-taubat-penjernihan-jiwa/
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm


Lots of luv ~ ~
Cik DiNda

1 comment:

bonda dadif aka akish said...

ye cik dinda....

info menarik okies...

=)