Dinda fund

Hottest Followers

Tuesday, April 24, 2012

Soru Time...

Assalamualaikum Readers,

La...nape awk xinform sy dulu nk buat luncheon arini ??? Errrr...blurr jap bile bos tnye mcm tu.Xdela puan only today yg semua ade.Hehehe...so sy decide kita buat arini jela.Horeyyy!! sy mmg suke mkn, so mmg ngam betul la tu.Pagi pulak xbreakfast...kemain la laporrnya..

Maka dengan ini sy listkan menu mkn utk diorder....{ ape aku nak order ni ??? call kak lin la } Shahirah mane ? Pg bli cake puan...Hahahaha dah xsuprise awkkk.

Kitaorg ni kalau mkn mmg dahsyat...order mmg kena lebih2, semua kaki mkn & nak pulak si jantan2 ni.Adoii mak aiii kuatnya mkn...

Crab..crab...black pepper crab ni..Mkn je terangakat kening kerana kepedasannya.Hehe
Sedap hingga menjilat jari...Aummmm

Oh My pillow come tu mummy..Perutku da muncittt.Kenyang tu...

Happy Belated Birthday to me....potong kek la pulokk !!!

Kissing2 plak, susah tu nak dpt snap angle cam ni...hahaha :D
Sy Suke Ok!!!! Its my Boss

Family photo.Tarik nafas ye bg yg dah muncittt & INGAT lepas ikut mulut xmau ikut totttt...kah...kah
Sy maintain kan...kan...hangguk la..:P
Babai...Tata...작별 인사
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Best Pic Ever
Limah....mane kau ??? Balik la syg...Hari2 ku sepi tanpa mu. Minum ayyookk pun xde rase.
Tu yang aku dok sini lama tu. Hang pi mana limah..
Lots Of Lurve ~ ~

Wednesday, April 18, 2012

Tips Mengurangkan Tekanan

Assalamualaikum Readers,

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.


" Selamat Mencuba, Sesuatu Yang Baik Hasilnya Pasti Lebih Baik "

Lots of Lurve ~ ~

Monday, April 16, 2012

:: FaTiguE ::

Assalamualaikum Readers,

Sigh ~ ~ Monday Bluesss
Weekend yg memenatkan.

Saturday :

8.00 am : Off to Kota Iskandar - Volunteers for High Achievers Award. Congratulations adik2 pintar...


Credit to Azie :) This people sungguh rajin Ok !!! Muka dia..muka dia je yg duty.

2.00 pm : To Visit Kak Ana at Puteri Specialist. Get well soon Kak Ana :)

4.30 pm : Start tgk movie BATTLESHIP, best tu...ala2 transformer gitu. I give 3 ***. I beli waffer coz lapa sgt then i suruh si Solehah simpankan dia bleh bwk mcm tu je ms Q.Ape lagi, kantoi la....bye2 my hot waffer. By the time abes movie waffer pun dah sejuk & dah xsedap k.Moral of the story, dah xbleh songlap mknn skrg, TGV very strict skrg so follow jela. Huk...Huk...


7.00 pm : Just finished the movie.. then nk gi cari sweater for Nasir "GF". Unfortunately, xjumpe yg sweet meewttt :(

9.00 pm : Going back to home sweet home.

Even ari ahad da rest secukupnya effect dia still terasa till Monday.


I want going home...Where is the right way ??? oh my....
"Fatigue is the best pillow"

Lots of Lurve ~~

Tuesday, April 10, 2012

Cemburu.....

Assalamualaikum Readers,


Cemburu..

Itulah sifat yang terlalu akrab dengan seorang wanita. Sebab itu, hati para wanita ini perlu dibelai, dikasihi, dijaga sebaik-baiknya agar tidak terluka. Wanita, apabila hati sudah terluka sudah pasti lambat sembuhnya. Jika tidak kena pada caranya, hati wanita ini boleh bernanah dengan begitu teruk. Disinilah suami perlu bijak memainkan peranan. Memujuk tanpa jemu, ikutilah sunnah-sunnah nabi. Bagaimana Rasulullah S.A.W berjaya menggembirakan hati isteri-isteri baginda sebelum ini.

Lelaki juga apa kurangnya walaupun jarang-jarang cemburu tetapi apabila sesekali cemburu begitu hebat penangannya. Tetapi sangat sedikit lelaki yang mengaku bahawa dia sedang cemburu. Mungkin ego itu yang menghalang mereka daripada berterus terang. Mungkin kah ???

Suami isteri selalunya bersengketa hanya kerana cemburu. Cemburu kadang-kadang boleh mendatangkan bahagia, tapi ianya lebih banyak cenderung kepada pergaduhan. Cemburu yang mendatangkan pergaduhan ini selalunya merupakan cemburu buta, jika tidak pun kemungkinan besar ada orang yang ketiga yang wujud dan sengaja menimbulkan pergaduhan antara suami isteri ini agar masing-masing bergaduh antara satu sama lain dan kemudian bercerai berai. Nauzubillah!

Menurut sy, cemburu adalah perkara paling buruk yg perlu dielakkan kerana :-

1. Cemburu menyebabkan pasangan mengalami perselisihan faham dalam tempoh masa yg panjang.
2. Terbitnya rase tidak percaya terhadap pasangan mereka
3. Pasangan mula mengunkit perkara yang tidak sepatutnya
4. Penjelasan tidak diendahkan kerana mereka yg terlalu cemburu kebiasannya mementingkan diri sendiri
5. Mula berprasangka buruk bahawa pasangannya tidak jujur sehingga kadangkala tidak sedar ape yg diperkatakan itu menyakitkan hati.
6. Sentiasa merasa dirinya betul & pasangannya sahaja yg salah tanpa memikirkan kesalahan diri sendiri.
7. Mereka yg cemburu kebiasannya kurang keyakinan diri .....sbb tula cemburu.Huhu..
8. Mula merasa diri tidak disayangi & terasa dikhianati padahal xde ape2 pun...haishhh bt penat saje..
9. Mula mengeluarkan kata2 kesat yg menguris hati...nangisssss
10. Mengalami kemurungan, emosi tidak stabil & kacau bilau la...huhu.


Should you need to be angered. Ask yourself ???


Stop being so jelousy :(

Sometimes when u are so jelousy is cute...but then


Selalulah bertanye kepada diri sendiri , perlukah aku bersikap begini kepada kesayangan ku ??? Padahal dia adalah org yg memberi kemanisan, kebahagiaan, keceriaan kepadamu wahai sang pencinta...Alamak, it's sweet.upssss...begitu...Muahhhh!!! Nak marah pi jela amik air sembahyang ea...kena air tu sejuklah..

Lots of Lurve ~~

Thursday, April 5, 2012

Sweet...Sweet...Thing

Assalamualaikum Readers,

Alhamdullilah...setiap kedukaan pasti ada kemanisan di sebaliknya. Hari ni, kedukaan ku di kejutkan dengan kemanisan yang dibuat oleh Kak Lina Gebu...hehe...:) She make me smiles. Anyway thanks 4 the sweet gift kak lina...big burger + love tshirt + sweet belt & card..


"I can no other answer make, but, thanks, and thanks."


After 5 minutes i became like this...menunjukkan keceriannya bersama Kak Ana....




Apa jadi after this...???? Mula dah dia...dia ni mmg xleh dok diam bile dpn camera...bknla rase diri tu cun, tapi mmg suka bergambar....hehe :P




Ni la the sweet....sweet ... thing tu...



Only 2 words for you Love You & Thank you kak Lina.
Lots of Lurve ~~